
PANGLIMA

LAKSAMANA PERTAMA AZHAR BIN ADAM
PAT KAT KMN PJM PPS PPA MMgt DS (UCAN) MSoc Sc DS (UKM) MStrat SD (BUP) ndc (Bangladesh) mpat psc(j)
Laksamana Pertama Azhar bin Adam dilahirkan pada 24 Mei 1966 di Batu Pahat, Johor. Setamat sekolah menengah di Maktab Tentera Diraja dan Pengajian Kejuruteraan Marin di Universiti Teknologi Malaysia, beliau telah ditauliahkan dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1988. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di kapal dan unit pangkalan serta menghadiri pelbagai kursus kerjaya tentera dan akademik. Beliau diperjawatkan sebagai Panglima Pasukan Simpanan TLDM pada 5 Jun 2024 setelah bertugas sebagai Timbalan Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM.
Laksma Azhar bin Adam berkepakaran Peperangan Bawah Permukaan dan merupakan Pegawai Peperangan Bawah Permukaan KD LAKSAMANA HANG NADIM semasa kapal ditauliahkan di Itali pada tahun 1997. Selain itu, beliau juga pernah diperjawatkan di KD YU, KD KASTURI dan KD LEKIR. Beliau telah diberi pemerintahan tiga buah kapal iaitu KD LEMBING di Sandakan dan KD PERAK, kemudian KD PAHANG berpangkalan di Kuantan. Perjawatan di pangkalan yang pernah disandang ialah Juruiring kepada Panglima Armada, Pegawai Staf Peperangan Bawah Permukaan dan Pegawai Staf Eksesais di Markas Armada, Lumut, Pegawai Staf 1 Pengurusan Perkhidmatan Pegawai dan kemudian sebagai Pengarah Pembangunan Sumber Manusia di Markas Tentera Laut serta Ketua Staf di Markas Wilayah Laut 1. Pada tahun 2014, beliau diperjawatkan sebagai Ketua Staf Tim Pemantau Antarabangsa - Mindanao, Filipina. Laksma Azhar merupakan pegawai ATM yang pertama pernah diperjawatkan sebagai Juruarah di tiga buah institusi latihan tentera tertinggi di Malaysia iaitu Maktab Turus Angkatan Tentera (tahun 2006), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (tahun 2015) dan Maktab Ketahanan Nasional pada tahun 2019 sebagai Juruarah Laut yang pertama.
Laksma Azhar bin Adam telah menghadiri Kursus Asas Kapal Selam di Pakistan dan Australia, Long Torpedo Anti Submarine di Pakistan, krew kapal Korvet di Itali dan Search and Rescue bersama US Coast Guard di Amerika Syarikat. Beliau berkelulusan Australian Command and Staff College, Canberra pada tahun 2004, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) tahun 2011 dan National Defence College Bangladesh, Dhaka pada tahun 2017. Beliau memegang Ijazah Sarjana Pengurusan (Pengajian Pertahanan) University of Canberra, Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sarjana Strategi dan Pembangunan, Bangladesh University of Professional (BUP) dan Graduate Certificate in Maritime Studies dari University of Wollongong.
Laksamana Pertama Azhar bin Adam telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Khadijah binti Melan dan dikurniakan seorang puteri, Aida Yasmin. Hobi beliau ialah membaca dan melancong.
PANGLIMA
PASUKAN SIMPANAN
KETUA STAF

KEPT MURTHI A/L SUBROMONIAM TLDM
KAT PPS PPA MSoc Sc SD (UKM) BBA (UNIRAZAK) Dip PT - PPM (UTM) Dip PSP (UM) psc TLDM
Sepanjang perkhidmatan beliau yang menjangkau 30 tahun, beliau merupakan pegawai TLDM berkepakaran Peperangan dan mendapat latihan di negara Itali dan Chile pada tahun 1996 hingga 1998. Berdasarkan kepakaran tersebut beliau telah diperjawatkan sebagai Pegawai Persenjataan Kapal Korvet ke-3 untuk Pasukan Projek Korvet Itali yang bertempat di Itali. Beliau juga pernah diperjawatkan di beberapa buah kapal TLDM sebagai Pegawai Operasi dan Persenjataan di KD GEMPITA, KD PENDEKAR dan KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN. Manakala bagi unit-unit di Pangkalan TLDM, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Jurulatih Peperangan Permukaan B di KD SULTAN IDRIS I, KPS Operasi (Pengurus Prestasi) di Markas Pemerintahan Armada Timur dan AKS Kesiagaan di Markas Pemerintahan Armada Barat. Berdasarkan pengalaman yang luas di dalam perkhidmatan, beliau diberi kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai Pegawai Memerintah di unit kapal-kapal Pangkalan TLDM iaitu KD GEMPITA, KD HANG NADIM dan KD MAHAWANGSA. Beliau juga telah diperjawatkan sebagai Pegawai Memerintah di Pusat Taktikal Maritim (PUSTAKMAR).
KETUA STAF
KETUA BAHAGIAN

KDR ADI AZLI HISYAM BIN SUDIN TLDM
Komander Adi Azli Hisyam bin Sudin TLDM dilahirkan di Taiping, Perak. Beliau memasuki perkhidmatan TLDM pada 24 Mei 2001 dan ditauliahkan pada 24 Mei 2003.
Kini beliau diperjawatkan sebagai Ketua Bahagian Operasi di Markas Pasukan Simpanan TLDM pada 4 Oktober 2024.
Komander Adi Azli Hisyam bin Sudin TLDM telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Kamarzatul Haida Isma binti Kamaruzaman.
KETUA BAHAGIAN
OPERASI

KDR SAMSUDIN BIN ABDULLAH TLDM
KAT PJM PPS PPA Dip PT - PPM (UTM) psc
Komander Samsudin bin Abdullah TLDM dilahirkan pada 24 Januari 1969 di Kota Tinggi, Johor. Setamat sekolah menengah di Sekolah Menengah Laksamana, beliau telah memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1987 dengan menjalani latihan rekrut di PULAREK, Barek TLDM Woodlands. Beliau kemudiannya mengikuti latihan kadet di Sekolah Pegawai, KD PELANDOK pada tahun 1996 dan ditauliah sebagai pegawai TLDM pada tahun 1998. Beliau diperjawatkan sebagai Ketua Bahagian Pengurusan, Markas Pasukan Simpanan TLDM pada 6 September 2023 setelah bertugas sepagai Asisten Ketua Staf Kawalan Mutu Latihan di Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM.
Komander Samsudin bin Abdullah TLDM berkepakaran Navigasi dan pernah di perjawatkan di KD KINABALU, KD LEKIU dan KLD TUNAS SAMUDERA sebagai Pegawai Navigasi. Sebagai Pegawai Navigasi, beliau pernah terlibat dengan pelayaran mengelilingi dunia bersama KLD TUNAS SAMUDERA mulai tahun 2007 hingga 2008. Beliau telah diberi tanggungjawab pemerintahan untuk dua buah kapal iaitu KD BAUNG dan KLD TUNAS SAMUDERA. Perjawatan di pangkalan yang pernah disandang adalah Pegawai Pengawas Sistem Dua di Maritim Lumut, Pegawai Staf Kesiagaan di Markas Armada, Pegawai Staf Dua Rancang di Markas Angkatan Tugas Bersama 2, Pegawai Memerintah Pasukan Bantuan Gugusan Semarang Peninjau, Pegawai Staf Satu Dasar Latihan dan Pusat Latihan di Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan Markas ATM dan Ketua Bahagian Peperangan Maritim di Markas Kesiagaan TLDM. Pada Tahun 2017, beliau telah dihantar untuk bertugas di bawah panji Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu di Sahara Barat sebagai Pegawai Pemerhati Tentera untuk United Nations Mission for the Referendum in Western Sahara (MINURSO).
Komander Samsudin bin Abdullah TLDM telah menghadiri Kursus Panjang Navigasi di PNS BAHADUR, Pakistan pada tahun 2004. Beliau juga telah lulus pengajian di Maktab Turus Angkatan Tentera pada tahun 2010.
Komander Samsudin bin Abdullah TLDM telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Noor Azian binti Sulaiman dan dikurniakan dengan dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Hobi beliau adalah bersukan dan membaca.
KETUA BAHAGIAN
PENGURUSAN

LT KDR MOHD FIRDAUS BIN ABDUL RAHIM TLDM
KAT PPS PPA PGDip SDS (UPNM) psc
Sepanjang kerjayanya dalam TLDM, beliau telah mengikuti pelbagai kursus antaranya Kursus Pengkhususan Navigasi (2009), Kursus Peperangan Bersama Malaysia (2010), Civil-Military Coordination (CIMIC) Course (2012), Kursus Komando Pegawai Rendah (2016), dan Maktab Kakitangan Perintah Malaysia (2021).
Sepanjang 20 tahun kerjayanya di TLDM, beliau telah menyandang pelbagai jawatan Komandan dan Staf antaranya Pegawai Pelayaran KD GEMPITA dan KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL, Pegawai Turus 2 Audio Visual di Markas Angkatan Bersama, Kem Komandan di Program Latihan Khidmat Negara. Paya Indah, Pegawai Eksekutif KD LAKSAMANA TAN PUSMAH, Pegawai Memerintah KD PARI, Pegawai Staf 2 Sukan dan Pegawai Staf 2 Antara Agensi di HQ TLDM. Jawatan sekarang ialah Ketua Bahagian Pengurusan Strategik di Markas Pasukan Simpanan (MPS) TLDM.
Leftenan Komander Mohd Firdaus mempunyai dua orang anak lelaki bersama isteri, Puan Nadiah binti Nazaruddin.
KETUA BAHAGIAN
PENGURUSAN STRATEGIK
PEGAWAI MEMERINTAH

KEPT PROF TPr DR JAMALUNLAILI BIN ABDULLAH PSSTLDM
PHD (Cornell) MURP (Virginia C'Wealth) Bsc (E.Carolina) PSS PPA PSSTLDM
Kept Prof TPr Dr Jamalunlaili bin Abdullah telah dilahirkan pada 30 September 1965 di Bota, Perak. Beliau mula menyertai perkhidmatan PSSTLDM pada 5 September 1997 sebagai Pegawai Kadet PSSTLDM. Beliau telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PSSTLDM pada 1 Oktober 1998 dan telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Madya PSSTLDM pada 1 Oktober 1999. Seterusnya beliau dinaikkan ke pangkat Leftenan PSSTLDM pada 1 September 2003, Leftenan Komander PSSTLDM pada 1 Julai 2010 dan Komander PSSTLDM pada 1 September 2013. Beliau telah dilantik sebagai Pegawai Memerintah KD SRI KLANG (KDSK) pada 29 Januari 2014 sehingga kini dan dinaikkan ke pangkat Kepten PSSTLDM pada 31 Julai 2015.
Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains di North Carolina USA dan mendapat pengiktirafan ijazah pada Mei 1987. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Master di Virginia Commonwealth University pada Disember 1989 dan PHD di Cornell University, New York pada Mei 1997. Beliau juga merupakan Pensyarah kanan di Universiti Teknologi MARA serta merupakan Dekan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur.
Kept Jamalunlaili telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Dewi Muzalifah binti Zainal pada 28 April 2019. Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata. Beliau meminati sukan bola keranjang, badminton dan berenang.
KD SRI KLANG

KDR MOHD NAZRI BIN SHARIF PSSTLDM
KAT SIS PPS PPA
Beliau merupakan graduan dari Akademi Laut Malaysia (ALAM) pada tahun 1991. Beliau memiliki kelulusan Perakuan Kekompetenan Kelas 3 Perairan Antrabangsa (1995), Perakuan Kekompetenan Kelas 2 (2000), Perakuan Kekompetenan Kelas 1 (2003).
KD SRI MANJUNG

KDR SO LEA KUN PSSTLDM
PJK PJM PK PPS PPA MEng Chem UTM BEng (Hons) Chem UTM DipEng Chem UTM
Komander So Lea Kun PSSTLDM dilahirkan pada 16 September 1978 di Alor Setar, Kedah. Beliau memasuki perkhidmatan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Laut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pengambilan ke 5 pada 1 April 1997 sebagai Pegawai Kadet dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PSSTLDM dalam Cawangan Kejuruteraan pada 13 Mei 2000 di Universiti Kebangsan Malaysia.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chee Nan dan seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam. Beliau telah menyambung pelajaran di UTM dalam bidang Kejuruteraan Kimia daripada Diploma, Ijazah Sarjana Muda hingga tamat pengajian Sarjana pada tahun 2003. Sepanjang kerjayanya di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM), beliau pernah mengikuti Kursus Teknik Mengajar (2018), Kursus Jati Diri dan Pembinaan Pasukan (2018) di KD SRI PINANG. Beliau juga menyertai Kursus Keselamatan Fizikal dan Bengkel Pembangunan Pakej Latihan Lain-Lain Pangkat PSSTLDM yang dianjurkan oleh Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM. Selain itu, beliau juga telah mengikuti Onboard Training Programme (OTP) di KD MUSYTARI, KD JEBAT, KLD TUNAS SAMUDERA, KD MAHAWANGSA, KD KASTURI, KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN, KD LEKIU, KD SRI INDERA SAKTI dan KD GAGAH SAMUDERA.
Sepanjang 26 tahun perkhidmatan, beliau pernah berkhidmat di 3 unit PSSTLDM iaitu KD SRI MEDINI, KD SRI KLANG dan KD SRI PINANG. Beliau merupakan Pegawai Gaji KD SRI MEDINI (2002) dan telah menjawat pelbagai jawatan semasa berkhidmat di KD SRI PINANG iaitu Pegawai Rekod (2008 - 2009), Pegawai Bahagian (2009 - 2020), Pegawai Latih (2010 - 2015), Ketua Jabatan Komunikasi (2015 - 2019), Ketua Bahagian Pengurusan Strategik (2019 - 2020), Pegawai Laksana (2020 - 2023) sebelum mengambil alih tampuk pemerintahan KD SRI PINANG pada 08 Mei 2023.
Beliau juga aktif dalam bidang inovasi yang menyahut seruan Green Navy dimulakan dengan kumpulan Green Wave dan projek Reduce, Reuse, Recycle Management System (3RMS) pada tahun 2016, diikuti dengan Sistem Pengurusan Sisa Makanan (SPSM), e-Logistik dan Enzim Sisa Makanan (ESM) yang telah memenangi pelbagai anugerah. Salah satu projek iaitu ESM telah berjaya dikomersialkan di pasaran sekarang.
Sekarang beliau merupakan Pengarah Syarikat Lingkail Sdn. Bhd. Syarikat ini terlibat dengan software development ((bahasa program dan teknologi - Artificial Intelligence, Microsoft. Net Core – C#, JavaScript, HTML, C/ C++, deep learning dan machine learning), Internet of Things – MQTT, AMQP), hardware development dan embedded system development (microcontroller, connectivity dan FPGA). Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan latihan dan nasihat kepada industri dan universiti. Selain itu, Lingkail Sdn. Bhd. juga bekerjasama dengan Huawei untuk memberi Huawei Cloud Solution.
Komander So Lea Kun PSSTLDM telah mendirikan rumah tangga dengan Leftenan Komander Leow Cheah Wei PSSTLDM dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Beliau seorang yang meminati sukan badminton dan ping pong.
KD SRI PINANG

LT KDR MOHD BAHARUDDIN BIN SAMSUDIN PSSTLDM
PKS PK PPA MEdu (UKM) BSc Hons (USM) Dip Sc (UTM)
Leftenan Komander Mohd Baharuddin bin Samsudin PSSTLDM dilahirkan pada 22 Julai 1976 di Ulu Tiram, Johor. Beliau memasuki perkhidmatan PSSTLDM pada 1 Ogos 1998 dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PSSTLDM pada 1 Jun 1999.
Beliau telah menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam pengajian Diploma Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) sebelum meneruskan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Sains Politik) dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau kini berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Antidadah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tampoi, Johor sebagai Pegawai Pemulihan Dadah Psikotik dalam merawat dan membantu proses pemulihan bagi individu yang terlibat dengan dadah.
Sepanjang 26 tahun perkhidmatan di KD SRI MEDINI, beliau pernah memegang pelbagai jawatan termasuk Pegawai Logistik (2000 – 2002), Pegawai Latih (2002 – 2005), Pegawai Tadbir (2005 – 2007) dan Pegawai Laksana (2016 – 2020) Beliau juga memangku tugas Pegawai Memerintah sehingga Jun 2022 sebelum mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Pegawai Memerintah KD SRI MEDINI secara rasmi mulai 12 Julai 2022.
Leftenan Komander Mohd Baharuddin bin Samsudin PSSTLDM seorang yang aktif dan meminati aktiviti sosial dan kemasyarakatan.
KD SRI MEDINI

LT MOHD SYAHIRUDDIN BIN HAMSIN TLDM
PPS PPA BSc Naut (UTM)
Leftenan Mohd Syahiruddin bin Hamsin TLDM dilahirkan pada 2 Mac 1987 di Kuala Lumpur. Beliau mula menyertai perkhidmatan Tentera Diraja Laut Malaysia pada 5 Mei 2005. Beliau kini memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah KD SRI LIKAS pada 3 Januari 2004.
Sepanjang perkhidmatan beliau yang menjangkau 19 tahun, beliau merupakan pegawai TLDM berkepakaran Peperangan dan mendapat latihan di KD SULTAN IDRIS I pada 8 April 2019. Beliau pernah diperjawatkan di beberapa buah kapal TLDM sebagai Pegawai Peperangan Atas Air dan Pegawai Laksana di KD PERDANA dan Pegawai Persenjataan di KD KEDAH.
Bagi unit-unit di Pangkalan TLDM, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Perhubungan Raya dan Risik di Markas Wilayah Laut 1, Pegawai Staf di KD SRI KLANG, Pegawai Sekretariat dan Tadbir Bahagian Kesiagaan (N10) Markas Pemerintahan Armada Barat, Juruiring Panglima Angkatan Tentera (PAT), Juruiring Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL), dan Pegawai Staf Peperangan Bahagian Kesiagaan (N10) Markas Pemerintahan Armada Timur.
Leftenan Mohd Syahiruddin bin Hamsin TLDM telah mendapat pendidikan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Nautika) di Universiti Putra Malaysia dan menjalani latihan ketenteraan di Akademi Tentera Malaysia (ATMA) atau dikenali Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kini.
Beliau kini telah berkahwin dengan Puan Norhanishah binti Sarbini dan telah dikurniakan seorang cahaya mata. Beliau juga meminati sukan badminton sebagai aktiviti riadah di masa lapang.
KD SRI LIKAS

KDR Ir. Ts. FAIZ AZMI BIN HJ SUTARJI
KAT PPS PPA MPSLP (UPM) BEng Mech-Marine Tech (UTM) P.E.ng MIEM
P.Tech P.Grad. Dip.Strat. & Def. (UPNM) psc
Kdr Ir. Ts. Faiz Azmi bin Hj Sutarji TLDM telah mendirikan rumahtangga dengan Dr. Dewi Mayang Sari binti Kamarozaman dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Beliau amat meminati bidang sejarah dan geo-politik. Dalam bidang sukan, beliau aktif dalam acara larian, bola tampar dan ping pong.
PSTL LABUAN

KDR KHAIRUL AZRIMI BIN ARIFFIN PSSTLDM
PK PPA BA(Hons) UM, Dip (Edu) UPSI
Komander Khairul Azrimi bin Ariffin PSSTLDM dilahirkan pada 19 Julai 1982 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau mula menyertai perkhidmatan Pasukan Simpanan TLDM dengan menyertai PALAPES LAUT Universiti Malaya (UM) pengambilan ke 3 pada 22 Jun 2002 sebagai Pegawai Kadet dan seterusnya ditauliahkan sebagai Lt. Muda PSSTLDM dalam Senarai Tugas Am Cawangan Eksekutif pada 14 Mei 2005.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Mentuan dan seterusnya di SMK Ismail Petra Kota Bharu. Beliau telah menyambung pelajaran di Universiti Malaya (UM) dalam bidang ijazah Sarjana Muda Geografi dan Alam Sekitar serta melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan jurusan Diploma Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kini telah 13 tahun berkhidmat sebagai Guru gred 44 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut Terengganu. Di peringkat jabatan, beliau ditugaskan sebagai ketua panitia serta aktif dalam pendidikan luar di mana beliau merupakan jurulatih pendidikan luar Negeri Terengganu manakala dalam bidang sukan pula beliau merupakan jurulatih perahu layar sijil kejurulatihan peringkat satu Majlis Sukan Negera dan aktif melatih pelajar di peringkat negeri.
Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pegawai PSSTLDM, beliau telah banyak menyumbang bakti dan tugas antaranya sebagai Pegawai Koordinasi PALAPES Laut Uitm pada tahun 2006, Pegawai Koordinasi di KD Sri Klang pada tahun 2007. Beliau telah dilantik sebagai pegawai laksana PSTL Setiu pada 2014. Pada Julai 2018 beliau diamanahkan sebagai Pegawai Memerintah PSTL Setiu.
Komander Khairul Azrimi bin Ariffin PSSTLDM telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Maria Suzana binti Shafii dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Beliau seorang yang aktif dan meminati sukan golf serta banyak melibatkan diri dalam aktiviti lasak seperti mendaki gunung, sukan perahu layar dan water rafting.
PSTL SETIU

KDR RAZALI BIN JUSOH TLDM
KAT PPS PPA Dip PSP (UPNM) Dip PT - PPM (UTM) psc
Komander Razali Bin Jusoh TLDM dilahirkan pada 11 Januari 1977 di Kuala Kedah, Kedah. Setamat Pengajian Dip Pengurusan Teknologi dalam Pengangkutan Pertahanan Maritim di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, beliau telah ditauliahkan dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1999. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di kapal dan unit pangkalan serta menghadiri pelbagai kursus kerjaya tentera dan akademik. Beliau diperjawatkan sebagai Pegawai Memerintah KD SRI TAWAU pada 15 Disember 2023 setelah bertugas sebagai Pegawai Memerintah di KA Bunga Mas 5.
Komander Razali Bin Jusoh TLDM berkepakaran Risik dan memegang jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Perisikan di MK Pemerintahan Armada Barat (Bahagian Perisikan (N2) sebelum memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah di KA Bunga Mas. Selain itu, beliau juga pernah diperjawatkan di KD SRI NEGERI SEMBILAN, KD PARI, dan KD TERENGGANU. Beliau telah diberi pemerintahan dua buah kapal iaitu KD GEMPITA berpangkalan di Tanjung Gelang, Kuantan, dan kemudian KA Bunga Mas 5 di Kota Kinabalu. Perjawatan di pangkalan yang pernah disandang ialah Penolong Pegawai Staf Risik, Pegawai Staf Perisikan, Pegawai Staf Risik Laut, Pegawai Staf 2 Risik, Pegawai Staf Risik Maritim, dan Asisten Ketua Staf Perisikan dan kemudian sebagai Direktorat Persempadanan Semenanjung Malaysia-Thailnd Pada tahun 2010 sehingga 2012.
Komander Razali Bin Jusoh TLDM telah menghadiri Kursus Asas Perisikan Maritim, Kursus Maritime Auditing, Seminar Komunikasi dan Peperangan Elektronik, Defence Intelligence Research and Analysis Course, Security Summit, dan Kursus Attacking Terror Network Analysis Course.
Komander Razali Bin Jusoh TLDM telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Azizah Binti Mat Nayan dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Hobi beliau ialah membaca dan menyanyi.
PSTL TAWAU

KDR MOHD ROZI BIN AB RAHMAN TLDM
PPS PPA BNauSc (UTM)
Komander Mohd Rozi bin Abd Rahman TLDM berasal dari Bedong, Kedah. Beliau telah memasuki Tentera Laut Diraja Malaysia pada 24 April 2001 dan telah ditauliahkan pada 28 Sep 2005. Komander Rozi kini memnjawat perjawatan sebagai Pegawai Memerintah PSTL Sandakan mulai 16 Okt 2023.
Komander Rozi telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Nazawiyah binti Ali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
PSTL SANDAKAN

KDR ARIF FARHAN BIN LATIF TLDM
PPS PPA Dip PT - PPM (UTM) Msc Military Studies (BUP) Dip PT - PPM (UTM) psc(j)
Komander Arif Farhan bin Latif TLDM telah dilahirkan pada 10 Jun 1983 di Alor Setar, Kedah. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Siti Aishah binti Ishak dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Komander Arif Farhan telah memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia pada 24 Mei 2001. Beliau berkepakaran Peperangan Periuk Api (Mine Warfare) dan kini memgang jawatan sebagai Pegawai Memerintah di SRI KUANTAN dan juga PSTL Kuantan.
PSTL KUANTAN

LT KDR MUHAMMAD THOMAS ANGOM BIN ABDULLAH TLDM
PPS PPA P.Grad. Dip. Strat. & Def. Studies (UPNM) BMgt (USM) Dip PT - PPM (UTM) psc ‘j’ TLDM